Thursday, August 5, 2010

I'M BACK.............

salam pada kalian...

kembali mencoretkan kisah kehidupan yang masih panjang...
syukur ku pada YANG MAHA KUASA kerana masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk terus bernafas di bumi ciptaanNYA..

masih mencari erti kehidupan.. kerana ianya masih panjang..
walaubagaimana pun semua nya telah tertulis, kehidupan ini akan dicorakkan dengan pelbagai warna... sehelai kain putih yang masih banyak ruang untuk dilukis dan dilakarkan..

pelbagai suka dan duka aku lalui selama aku mendiamkan diri dari laman ini... senyum, gembira, tawa, riang, sedih,menangis dan duka..
masih bermain didalam babak kehidupan ku ini..
tetapi dengan kehendakNya, aku masih lagi disini..

keluarga.... ayah, ibu, angah, dan kakak(adik).. along meletakkan kedudukan keluarga kita yang paling atas dalam hidup along.. tanpa sokongan kalian, along takkan berada ditahap along sekarang..
teman-teman yang aku anggap sebagai keluarga, masih bersama dengan ku.. segala rasa dikongsi bersama.. dan aku amat menghargai mereka.. tatkala aku dibuai lamunan indah suatu ketika dulu, aku hilang.. tetapi mereka tetap berusaha untuk kembalikan aku pada mereka..ternyata mereka berjaya..
'terima kasih kalian yang masih bersamaku'
aku besyukur kerana sekarang aku ada penambahan teman atau saudara didalam kehidupan ku ini..segalanya menjadi begitu indah dan menarik.. semoga ikatan yang terjalin akan kekal buat selamanya.. adat dan budaya jangan dilupakan itu adalah warisan yang diamanahkan kepada kita..

C.I.N.T.A ?????........ aku masih mencari.. setelah apa yang telah terjadi..
aku masih mencari... memang dipujuk hati yang terluka.. tetapi jika luka itu tidak dibaluti dgn CINTA baru mungkin ianya makin parah.. setakat ini memang ada yang berjaya mencuri perhatian diriku ini.. tapi untuk menyatakan perasaan itu aku rasa masih terlalu awal.. biar masa menentukan segalanya..
AJAL, MAUT, JODOH PETEMUAAN DITANGAN TUHAN.. kita merancang DIA menentukan...

sekian... sehingga bertemu kembali....

wassalam....