Saturday, February 26, 2011

welcome back....

ASSALAMMUALAIKUM.....

setelah beberapa lama tidak mencoret sesuatu di laman ini, aku kembali...
bukan malas...tetapi byk urusan yang perlu diselesaikan....
sekarang tidak byk aktiviti yang aku lakukan untuk diri ku ini...walaupun pada zahirnya aku mmg sibuk..for now... aku sedang menjalani latihan industri bg melengkapkn tempon pengajian ku... insyaAllah..bulan 6 nih aku akan selesai..byk jugak dugaan yang aku hadapi dalm tempoh aku menjalani latihan industri ini...baru aku tahu kenapa ayah selalu berpesan...'nnt bila dah kerja kita tahu siapa kawan siapa lawan'..aku rasa aku dah mula faham apa maksud ayah...tapi takper.. aku akan teruskan....aku tetap akan melengkapkan apa yang aku perlu buat...

family aku xbyk yang nak diceritakan..ayah semakin hari semakin sihat nmpaknya jika dia maintain dgn jadual mkn ubat dan dia menjaga dirinya..ibu pulak xputus2 memberi kasih sayang dan perhatian kepada ayah..aku nampak kesungguhan seorg isteri terhadap suaminya... walaupun ibu byk tanggungjawab di luar...tapi tugas sbg seorg isteri dan seorg ibu, ibu tak pernah abaikan...pengorbanan ayah dan ibu untuk keluarga dan kami anak2 mereka tak terhingga dan xterbalas oleh kami..tapi kami cuba berikan yang terbaik utk mereka berdua.. ayah ibu..along dan adik2 sayangkan kalian berdua...

soal hati dan perasaan...haa...ini pon best jugak nak dikongsikan... actually I've met someone that really can love me with sincerity...hmm..betul ker ayat aku nih..main blasah jer..hahahah..tkper i try to improve my English... hehehe...anyway yang pasti hati aku dah terikat dgn dia...keikhlasan aku untuk bersamanya..hanya Allah yang tahu... aku percaya pada jodoh, qada' dan qadar NYA..sbb DIA MAHA MENGETAHUI...aku berdoa agar jodoh berpanjangan dan berakhirnya dgn IJABKABUL...kekal hingga akhir hayat...insyaAllah... sbb aku tahu diri aku xsesempurna lelaki lain..tp aku cuba lakukan yang terbaik...=)

insyaAllah dilain masa akan aku ceritakan lagi apa yang terjadi dalam kehidupan ini..selagi Allah memberi peluang untuk terus bernafas di muka Buminya ini..insyaAllah...

wassalam......

Tuesday, September 7, 2010

semuanya bakal terjadi............

Align Centermenjadi lumrah sebuah kehidupan pabila belaku kenangan pahit dan manis, suka dan duka, tawa dan riang dan semuanya menjadi indah pabila ianya telakar didalm cebisan kehidupan seseorang....
begitu indah dan bermakna bila ianya ditempuh dgn hati dan jiwa yang tenang.......

aku masih mencari sesuatu didalm kehidupan yang penuh dgn cabaran ini.. aku rasakan aku telah hilang jauh dr persepsi yg telah lama aku pegang..tetapi semuanya aku keliru... adakah benar tindakan aku ini..? adakah tindakan aku ini akan mengecewakan hati insan lain..? bagaimana pula dgn diri ini jika aku terus berkorban utk kebahagiaan insan lain.. ya Allah..besar benar dugaan dan ujian yg kau berikan kepada diriku ini.. "life is not easy my fren"..... itu ungkapan seorg teman yang masih aku pegang hingga ke hari ini... aku agak takut bila perasaan dahulu datang kembali tatkala aku sedang mencari seseorg... tetapi berbaloi kah atas apa yg aku lakukan sekarang... aku tidak mahu digelar perosak... aku hadir tatkala dia memerlukan seseorg...aku hadir tatkala Dia sedang mencari... ini adalah cabaran bg diriku utk membuktikan sesuatu.... ya Allah... jika benar kata hatiku..lorongkanlah dgn mudah...jika dusta Kata hatiku... Aku menerima segala ketentuanmu...................................


Thursday, August 5, 2010

I'M BACK.............

salam pada kalian...

kembali mencoretkan kisah kehidupan yang masih panjang...
syukur ku pada YANG MAHA KUASA kerana masih memberi kesempatan kepada diri ini untuk terus bernafas di bumi ciptaanNYA..

masih mencari erti kehidupan.. kerana ianya masih panjang..
walaubagaimana pun semua nya telah tertulis, kehidupan ini akan dicorakkan dengan pelbagai warna... sehelai kain putih yang masih banyak ruang untuk dilukis dan dilakarkan..

pelbagai suka dan duka aku lalui selama aku mendiamkan diri dari laman ini... senyum, gembira, tawa, riang, sedih,menangis dan duka..
masih bermain didalam babak kehidupan ku ini..
tetapi dengan kehendakNya, aku masih lagi disini..

keluarga.... ayah, ibu, angah, dan kakak(adik).. along meletakkan kedudukan keluarga kita yang paling atas dalam hidup along.. tanpa sokongan kalian, along takkan berada ditahap along sekarang..
teman-teman yang aku anggap sebagai keluarga, masih bersama dengan ku.. segala rasa dikongsi bersama.. dan aku amat menghargai mereka.. tatkala aku dibuai lamunan indah suatu ketika dulu, aku hilang.. tetapi mereka tetap berusaha untuk kembalikan aku pada mereka..ternyata mereka berjaya..
'terima kasih kalian yang masih bersamaku'
aku besyukur kerana sekarang aku ada penambahan teman atau saudara didalam kehidupan ku ini..segalanya menjadi begitu indah dan menarik.. semoga ikatan yang terjalin akan kekal buat selamanya.. adat dan budaya jangan dilupakan itu adalah warisan yang diamanahkan kepada kita..

C.I.N.T.A ?????........ aku masih mencari.. setelah apa yang telah terjadi..
aku masih mencari... memang dipujuk hati yang terluka.. tetapi jika luka itu tidak dibaluti dgn CINTA baru mungkin ianya makin parah.. setakat ini memang ada yang berjaya mencuri perhatian diriku ini.. tapi untuk menyatakan perasaan itu aku rasa masih terlalu awal.. biar masa menentukan segalanya..
AJAL, MAUT, JODOH PETEMUAAN DITANGAN TUHAN.. kita merancang DIA menentukan...

sekian... sehingga bertemu kembali....

wassalam....

Saturday, January 9, 2010

PERNAH....

Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku


Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru...
Kerana aku pernah... pernah

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu

Thursday, January 7, 2010

peluang....

salam pada semua...

huhuhuhu..aku kembali mencoret sesuatu di laman ini..

aku xbyk nak cerita apa yg berlaku pada kehidupan aku ketika ini..
macam biasa kehidupan sbg pelajar..
xlari dari projek dan assingment yg menimbun-nimbun..
tapi i got to settle it b4 i'm late..
hadap jer la dpn laptop nih..semakin penat kepala otak nih..
masalah peribadi aku tolak ketepi dahulu..masih byk tanggungjawab dari aku memikir masalah diri aku sendiri,,aku masih ada ibu dan ayah yg memerlukan ku..adik2 yg inginkan bantuan dan sokongan dari ku dan juga teman2 sepejuangan yg xpenah putus dan mengharapkan ku untuk terus bersama mereka..

team sem 5(dak2 group aku) sedang betungkus lumus untuk projek oversea kami..persiapan awal perlu dilakukan..memang penat xterkata..hari2 dgn latihan caklempong dan tarian..ada juga yg membuat persiapan dgn seminar @ talk yg bakal kami lakukan disana nanti.. destinasi kami masih belum ditetapkan..tetapi mmg jauh..sbb memakan belanja yg agak besar..kami berusaha untuk melaksanakan program ini sebaik mungkin..
TERIMA KASIH
KEPADA TENAGA PENGAJAR
DEPARTMENT
HOSPITALITY AND TOURISM
kerana memberi kami peluang yg sangat bermakna.

ok just want to say..

have a nice day guys!!!

yeehaa!

ASSALAMMUALAIKUM...


Saturday, January 2, 2010

new year it is...

salam..

selamat tahun baru kepada semua teman2 yg mengenaliku..

Tahun silih berganti...
umur semakin meningkat..
tanggungjawab semakin berat..

aku mengharapkan sesuatu yg terbaik akan terjadi pada diriku pada tahun ini..
tahun baru ini aku mengharapkan juga kesihatan yg baik
keewangan yang stabil..
hubungan bersama keluarga dan rakan2 semakin baik..

aku ingin melabuhkan tirai 2009 dengan penuh keikhlasan dan ketabahan yang utuh..
biar segala yang berlaku pada tahun 2009 akan hilang dan pergi terus tanpa kembali..
kemaafan juga aku pinta kepada semua teman2 yang mengenaliku jika diri ini ada melakukan kesalahan kepada kalian..

"BIARKAN MEMORI SILAM MENJADI PENGALAMAN DALAM KITA MENERUSKAN KEHIDUPAN YANG PENUH CABARAN DAN MENGHARAPKAN TAHUN BARU AKAN MEMBERI SEMANGAT BARU KEPADA DIRI INI"

Tuesday, December 29, 2009

ketika ini...

ASSALAMMUALAIKUM....

pada teman2 yg sering mengikuti pekembangan kehidupan ku ini...
ucapan terima kasih kerana masih ada insan yg ingin berkongsi suka dan duka ku ketika ini..

beberapa hari yg lalu aku dan rakan seperjuangan di semester 5 telah diberitahu satu berita yang memang dinantikan bagi setiap pelajar BACHELOR HOSPITALITY AND TOURISM MGT di MSU iaitu OVERSEA TRIP. memang seronok sebab dalam beratus pelajar jurusan yg sama, aku dan seramai 16 org pelajar lagi telah dipilih untuk mengikuti program ini. program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti sebelum kami berangkat ke destinasi yg telah dipilih. pada awalnya mmg ada diantara kami dan diri ku sendiri menganggap program ini menjadi satu bebanan. tetapi bila kami telah di beritahu lebih lanjut tentang program dan aktiviti yg bakal dijalankan...ia membakar semangat juang kami untuk meneruskan objektif yg bakal dicapai dalam program ini..memeng aku yakin dan sedar..bakal ada perselisihan faham dan kecil hati di dalam proses persediaan ini.tetapi aku mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

dalam kesibukan aku dgn assingment dan projek yg sedang dijalankan, aku masih lagi bimbang akan kesihatan ayah yg semakin hari semakin tidak stabil. aku bimbang jika sesuatu pekara terjadi kepada dirinya. aku masih lemah untuk memikul tanggungjawab yg memang berat itu. aku cuma dapt berdoa dan mengharapkan kesihatan ayah akan pulih..

Alhamdulillah, sekarang kedukaan dan kesedihan telah mula hilang..aku jadi kuat sebab aku merasakan masih banyak tanggungjawab lain yang perlu aku dahulukan..masih ada pekara yg memerlukan perhatian dari diri ini.jika aku terus melayan perasaan ini, aku kan jadi gila dan aku akan makin hilang impian dan cita2ku..memang benar ada seorg teman memberi satu ungkapan kepada diriku.."CINTA ITU AKAN DATANG BILA KITA MERELAKAN IANYA PERGI"
pada awalnya, memang aku kurang faham akan ungkapan yg diberi..bila aku muasabah diri, dan mencari maksud sebenar didalam ungkapan itu. aku tersedar dari lamunan yg dahulunya lamunan indah...aku sedar sesuatu...
YA ALLAH..aku bersyukur padamu kerana menyedarkan hambamu ini..dan masih memberi ruang kepada diri ini untuk terus mencari pintu keredhaan mu..
aku juga memegang nasihat orang2 tua iaitu.."WANITA BOLEH MENJADI RACUN DAN WANITA JUGA BOLEH MENJADI PENAWARNYA"
aku akan meneruskan kehidupan ini dengan pelbagai ujian dan dugaan yg akan diberikan pada diri ini..mungkin aku tidak akan menoleh kebelakang lagi..aku rela jika diri ini terus dipersalahkan dan ditomah dgn pelbagai tomahan..biarla segalanya terjadi..
aku kan mencari sinar baru dalam kehidupan aku ini..segala pengorbanan yg telah aku lakukan biar la diri ini dan dia sahaja yg tahu..aku memberi dgn ikhlas..dan aku tidak mengharapkan pulangan nya kembali..biar ianya menjadi memori silam..dan kenangan hitam yg bakal aku lupakan..aku akan terus menbiarkan ianya pergi jauh..dan aku tidak akan menaruh sebarang harapan lagi..kerana harapan itu hanya sia2..biar aku terus mencari sinar baru dalam kehidupan ini..

jika ada wanita yg bakal bersama dan menjadi teman ku selepas ini..aku memohon seribu kemaafan kerana memang susah untuk aku mempercayai seseorg wanita itu setelah kenangan lalu membuat aku sengsara..dan ungkapan cinta dan sayang hanyalah dibibir semata..
aku mengharapkan sesuatu yg lebih baik dan seseorg yg menghargai diri ini.yang menyedari kewujudan insan bernama MUHAMAD FAIZ...

assalammualaikum....