Tuesday, December 29, 2009

ketika ini...

ASSALAMMUALAIKUM....

pada teman2 yg sering mengikuti pekembangan kehidupan ku ini...
ucapan terima kasih kerana masih ada insan yg ingin berkongsi suka dan duka ku ketika ini..

beberapa hari yg lalu aku dan rakan seperjuangan di semester 5 telah diberitahu satu berita yang memang dinantikan bagi setiap pelajar BACHELOR HOSPITALITY AND TOURISM MGT di MSU iaitu OVERSEA TRIP. memang seronok sebab dalam beratus pelajar jurusan yg sama, aku dan seramai 16 org pelajar lagi telah dipilih untuk mengikuti program ini. program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti sebelum kami berangkat ke destinasi yg telah dipilih. pada awalnya mmg ada diantara kami dan diri ku sendiri menganggap program ini menjadi satu bebanan. tetapi bila kami telah di beritahu lebih lanjut tentang program dan aktiviti yg bakal dijalankan...ia membakar semangat juang kami untuk meneruskan objektif yg bakal dicapai dalam program ini..memeng aku yakin dan sedar..bakal ada perselisihan faham dan kecil hati di dalam proses persediaan ini.tetapi aku mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

dalam kesibukan aku dgn assingment dan projek yg sedang dijalankan, aku masih lagi bimbang akan kesihatan ayah yg semakin hari semakin tidak stabil. aku bimbang jika sesuatu pekara terjadi kepada dirinya. aku masih lemah untuk memikul tanggungjawab yg memang berat itu. aku cuma dapt berdoa dan mengharapkan kesihatan ayah akan pulih..

Alhamdulillah, sekarang kedukaan dan kesedihan telah mula hilang..aku jadi kuat sebab aku merasakan masih banyak tanggungjawab lain yang perlu aku dahulukan..masih ada pekara yg memerlukan perhatian dari diri ini.jika aku terus melayan perasaan ini, aku kan jadi gila dan aku akan makin hilang impian dan cita2ku..memang benar ada seorg teman memberi satu ungkapan kepada diriku.."CINTA ITU AKAN DATANG BILA KITA MERELAKAN IANYA PERGI"
pada awalnya, memang aku kurang faham akan ungkapan yg diberi..bila aku muasabah diri, dan mencari maksud sebenar didalam ungkapan itu. aku tersedar dari lamunan yg dahulunya lamunan indah...aku sedar sesuatu...
YA ALLAH..aku bersyukur padamu kerana menyedarkan hambamu ini..dan masih memberi ruang kepada diri ini untuk terus mencari pintu keredhaan mu..
aku juga memegang nasihat orang2 tua iaitu.."WANITA BOLEH MENJADI RACUN DAN WANITA JUGA BOLEH MENJADI PENAWARNYA"
aku akan meneruskan kehidupan ini dengan pelbagai ujian dan dugaan yg akan diberikan pada diri ini..mungkin aku tidak akan menoleh kebelakang lagi..aku rela jika diri ini terus dipersalahkan dan ditomah dgn pelbagai tomahan..biarla segalanya terjadi..
aku kan mencari sinar baru dalam kehidupan aku ini..segala pengorbanan yg telah aku lakukan biar la diri ini dan dia sahaja yg tahu..aku memberi dgn ikhlas..dan aku tidak mengharapkan pulangan nya kembali..biar ianya menjadi memori silam..dan kenangan hitam yg bakal aku lupakan..aku akan terus menbiarkan ianya pergi jauh..dan aku tidak akan menaruh sebarang harapan lagi..kerana harapan itu hanya sia2..biar aku terus mencari sinar baru dalam kehidupan ini..

jika ada wanita yg bakal bersama dan menjadi teman ku selepas ini..aku memohon seribu kemaafan kerana memang susah untuk aku mempercayai seseorg wanita itu setelah kenangan lalu membuat aku sengsara..dan ungkapan cinta dan sayang hanyalah dibibir semata..
aku mengharapkan sesuatu yg lebih baik dan seseorg yg menghargai diri ini.yang menyedari kewujudan insan bernama MUHAMAD FAIZ...

assalammualaikum....

No comments: