Tuesday, December 29, 2009

ketika ini...

ASSALAMMUALAIKUM....

pada teman2 yg sering mengikuti pekembangan kehidupan ku ini...
ucapan terima kasih kerana masih ada insan yg ingin berkongsi suka dan duka ku ketika ini..

beberapa hari yg lalu aku dan rakan seperjuangan di semester 5 telah diberitahu satu berita yang memang dinantikan bagi setiap pelajar BACHELOR HOSPITALITY AND TOURISM MGT di MSU iaitu OVERSEA TRIP. memang seronok sebab dalam beratus pelajar jurusan yg sama, aku dan seramai 16 org pelajar lagi telah dipilih untuk mengikuti program ini. program ini akan melibatkan pelbagai aktiviti sebelum kami berangkat ke destinasi yg telah dipilih. pada awalnya mmg ada diantara kami dan diri ku sendiri menganggap program ini menjadi satu bebanan. tetapi bila kami telah di beritahu lebih lanjut tentang program dan aktiviti yg bakal dijalankan...ia membakar semangat juang kami untuk meneruskan objektif yg bakal dicapai dalam program ini..memeng aku yakin dan sedar..bakal ada perselisihan faham dan kecil hati di dalam proses persediaan ini.tetapi aku mengharapkan semuanya akan berjalan dengan lancar.

dalam kesibukan aku dgn assingment dan projek yg sedang dijalankan, aku masih lagi bimbang akan kesihatan ayah yg semakin hari semakin tidak stabil. aku bimbang jika sesuatu pekara terjadi kepada dirinya. aku masih lemah untuk memikul tanggungjawab yg memang berat itu. aku cuma dapt berdoa dan mengharapkan kesihatan ayah akan pulih..

Alhamdulillah, sekarang kedukaan dan kesedihan telah mula hilang..aku jadi kuat sebab aku merasakan masih banyak tanggungjawab lain yang perlu aku dahulukan..masih ada pekara yg memerlukan perhatian dari diri ini.jika aku terus melayan perasaan ini, aku kan jadi gila dan aku akan makin hilang impian dan cita2ku..memang benar ada seorg teman memberi satu ungkapan kepada diriku.."CINTA ITU AKAN DATANG BILA KITA MERELAKAN IANYA PERGI"
pada awalnya, memang aku kurang faham akan ungkapan yg diberi..bila aku muasabah diri, dan mencari maksud sebenar didalam ungkapan itu. aku tersedar dari lamunan yg dahulunya lamunan indah...aku sedar sesuatu...
YA ALLAH..aku bersyukur padamu kerana menyedarkan hambamu ini..dan masih memberi ruang kepada diri ini untuk terus mencari pintu keredhaan mu..
aku juga memegang nasihat orang2 tua iaitu.."WANITA BOLEH MENJADI RACUN DAN WANITA JUGA BOLEH MENJADI PENAWARNYA"
aku akan meneruskan kehidupan ini dengan pelbagai ujian dan dugaan yg akan diberikan pada diri ini..mungkin aku tidak akan menoleh kebelakang lagi..aku rela jika diri ini terus dipersalahkan dan ditomah dgn pelbagai tomahan..biarla segalanya terjadi..
aku kan mencari sinar baru dalam kehidupan aku ini..segala pengorbanan yg telah aku lakukan biar la diri ini dan dia sahaja yg tahu..aku memberi dgn ikhlas..dan aku tidak mengharapkan pulangan nya kembali..biar ianya menjadi memori silam..dan kenangan hitam yg bakal aku lupakan..aku akan terus menbiarkan ianya pergi jauh..dan aku tidak akan menaruh sebarang harapan lagi..kerana harapan itu hanya sia2..biar aku terus mencari sinar baru dalam kehidupan ini..

jika ada wanita yg bakal bersama dan menjadi teman ku selepas ini..aku memohon seribu kemaafan kerana memang susah untuk aku mempercayai seseorg wanita itu setelah kenangan lalu membuat aku sengsara..dan ungkapan cinta dan sayang hanyalah dibibir semata..
aku mengharapkan sesuatu yg lebih baik dan seseorg yg menghargai diri ini.yang menyedari kewujudan insan bernama MUHAMAD FAIZ...

assalammualaikum....

Thursday, December 24, 2009

life is not perfect.....

aku kembali untuk mencoret sebahagian lagi cerita tentang kehidupan ku kini....

selepas terjadi sesuatu yg melukai hati aku beberapa minggu yg lalu..aku cuba bangkit dgn semangat yg baru..

tapi untuk aku melupakan segala kerunsingan dan juga kekecewaan amatlah payah bagi aku melakukannya..semakin hari aku semakin hilang..aku beterusan menyendiri..aku cuba mencari teman2 yg dulu bersama2 dgn ku..mmg mereka sering bersama ku ketika aku didalam kedukaan dan kegembiraan...tapi,bila aku sendiri..memori itu dtg kembali untuk mengingatkan aku pada kenangan yg tidak mungkin kembali...aku jadi kecewa dan sedih yg teramat...lama kelamaan perasaan itu menjadi dendam bagai tembok yg payah untuk diruntuhkan..aku menjadi tidak keruan...perasaan sayang dan rindu masih tersemat jauh dilubuk hati ini..tapi...bila ucapan perpisahan terungkap dari mulut dan kata2nya..aku menjadi sebak dan hilang...setiap masa dan ketika, kenangan bersamanya akan terbayang didalam ingatan...pabila keluarga bertanya dan menyoal tentang dia, aku hilang kata..aku mencari alasan..tetapi sampai bila mereka akan terus dibohongi?...aku sering mencari masa dan ruang untuk menjelaskan kepada mereka..terutama ibu..dia sering bertanya akan dia..aku menjadi sebak secara tiba2..bila soalan diaju..aku hanya mampu berdiam diri..aku tidak tahu kemana lagi aku mahu melarikan diri...

setiap kali aku terkenang akan memori silam..aku sering bertanya ndiriku..adakah aku yg bersalah..adakah aku punca perpisahan ini terjadi..aku bermohaon pada illahi supaya pulihkan kembali semangat ku,pulihkan semula jiwa yg hilang secara tiba2 ini..aku cuba berlagak seperti tiada apa2 yg berlaku..walhal jauh dilubuk hati kecilku..aku menangis sendiri tanpa siapa yg tahu....

assalammualaikum......

Sunday, December 13, 2009

khabar dari kejauhan..

hari-hari kini dilalui dengan penuh kebingungan...

betul ke sekarang ni ak telah ditinggalkan...aku cuba menerima semua nih dgn ketenangan...

pada 14/12/2009....dia akan mulakan pengajiannya di KOLEJ ISLAM YAYASAN NEGERI MELAKA...aku doakan dia dapat mengejar cita2nya... aku hanya mampu menyapaikan pesan melalui khidmat pesanan ringkas(sms)..beberapa hari lalu..
tipu aku katakan aku tidak mengharapkan balasan darinya..tapi apakan daya..tiada balasan yg kuterima..hanya lah secebis harapan...mmg hati ini meronta untuk menerima khabar dan balasan darinya..tapi...........ermmm..

pada ketika ini...aku masih mencari dimana kesalahan aku..dimana kesilapan aku..
adakah aku yg bersalah selama ini..adakah aku punca semua ini terjadi...mmg pedih rasanya bila semua ini belaku..bagai direntap hati dan perasaan ini...aku hanya mampu tergamam bila aku kehilangan dirinya..aku hilang..

jika ada sesiapa yg dapat menambat hatinya...aku mengharapkan lelaki itu dapat menjaga dirinya,perasaanya,dan hatinya....dia begitu lembut bila becerita tntang hati dan perasaan..jagalah dirinya sebaik mungkin..aku hanya mampu beserah ketika ini..jika ditakdirkan jodoh kami berpanjangan temukanlah kami kembali jika jodoh kami tiada..aku terima akan ketentuan ini...

jika diri ini dipersalahkan..kemaafan aku pinta....

assalammualaikum....

Monday, December 7, 2009

aku seorg...

sekarang aku tinggal seorg tanpa sesiapa...

dulu aku disayangi tanpa alasan dan terus dicintai tanpa sebarang masalah..

tapi sekarang...

aku hanya seorg diri yg ditinggal cinta dan terus ditinggalkan..

mungkin sebb kekurangan diri yg sering memberi masalah pada dirinya..

biar la semua menjadi sejarah..

walau pahit aku terus telan tanpa peduli racun atau sebaliknya...

kini aku akan terus dibayangi kenangan yang aku sendiri sukar utk aku hilangkan..

biar semua ini menjadi sejarah hitam yg terus menghantui diri ini..

aku mmg lemah untuk menghadapi semua ini..

tapi apa kekuatan diri ku utk menghalang keputusan yg telah dibuat..

aku hanya mampu menerima tanpa sebarang persoalan..

bagai direntap nyawa yg dulunya milik seseorg..

biar la aku terus dipersalhkan..kerana aku insan serba kekurangan...

semoga pengganti diriku akan membuat dirimu lebih dihargai..

sayangi dirinya agar dirimu lebih dihargai...terima kasih atas segala kenangan yg telah lalu...

salam.....